Ahad lepas, saya beli satu nombor maxis postpaid di Aeon Mall Bukit Indah, JB. Entah macam mana rupanya nombor tersebut adalah nombor recycle. Tak pasal-pasal terambil nombor ketua kampung.

Kes macam ni biasanya terjadi bila si pengguna asal nombor tersebut menggunakan dua nombor dalam satu handphone dan nombor ini  sudah lama tak di aktifkan tetapi masih aktif guna whatsapp untuk nombor ini.

Bila saya install whatsapp, secara tak langsung saya berada dalam beberapa group whatsapp pemilik nombor asal. Saya pun left semua group sebab tak berkaitan dengan saya.

Bila dah left tu, orang dalam group tu pun pelik dan satu-satu whatsapp tanya kenapa left group. Rupanya pemilik asal nombor ni baru sahaja di lantik sebagai ketua kampung. Orang ingatkan beliau stress ke apa sebab tiba-tiba left semua group. Haha

Saya kongsikan semua ni dalam laman facebook saya. Jadi terhibur rakan-rakan fb saya sepanjang hari ni dengan post saya tentang ketua kampung ni 😅🤣

 

Sahabat beliau barangkali. Sedia membantu jika rasa terbeban dengan jawatan ketua kampung yang menyebabkan saya left group. Haha
Si anak bagitahu ayahnya baru je jadi ketua kampung dan nombor ni dah 10 tahun guna.

 

Kita dah left group , di masukkan semula. Terimalah hakikat saya bukan ketua kampung yang kamu cari tu. haha
Ah sudah , dapat mesej pulak dah. Hari merdeka pun dah dekat ni. Mesti ada macam-macam hal melibatkan ketua kampung.😅

 

Reaksi rakan Facebook saya 😅
Siap ada yang cadangkan luluskan semua projek kampung 🤣
End up saya buat status whatsApp macam ni. Alhamdulillah lepas tu dah takde sangat yang WhatsApp cari ketua kampung. Hehe

Semoga segala urusan melibatkan ketua kampung tersebut di permudahkan. Maaf kan saya terambil nombor tuan. Saya tak sengaja. Huhuhu

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *